smv matang

Selamat Datang

KENALI KAMI

Sekolah Menengah Vokasional Matang terletak kira-kira 14 km dari Bandaraya Kuching. Kedudukan sekolah yang berlatar belakangkan Gunung Serapi mewujudkan satu persekitaran yang cantik ke arah pembelajaran yang tenang, tenteram dan menggalakkan perkembangan minda pelajar-pelajar. Sekolah ini adalah di bawah pengurusan dan pentadbiran Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Luar Bandar Kucing (SMVLBK). Sekolah Menengah Vokasional Luar Bandar Kuching mula beroperasi pada 1 Disember 1991 dan ditempatkan sementara waktu di Sekolah Menengah Vokasional Kuching, Jalan Batu Lintang selama 8 bulan. Pada bulan ogos 1992, Sekolah Menengah Vokasional Luar Bandar Kuching memulakan operasinya di tapak seluas 42 ekar persegi di KM 14, Jalan Matang, Kuching. Langkah kerajaan untuk menaikkan taraf sekolah-sekolah vokasional di seluruh negara sebagai Sekolah Menengah Teknik merupakan detik bersejarah bagi Sekolah Menengah Vokasional Luar Bandar Kuching dan sekolah-sekolah vokasional di Negeri sarawak. Pada Januari 1996, secara rasminya Sekolah Menengah Vokasional Luar Bandar Kuching dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Teknik dan mulai tarikh tersebut ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Matang. Menjelang tahun 2010 sekolah ini sekali lagi bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Vokasional Matang apabila tidak lagi mengambil pelajar dari aliran teknik dan menjadi sekolah aliran vokasional sepenuhnya.

SENARAI PENGETUA

EN. AHMAD JERJIS (PEMANGKU)
1991-1992
TN. HJ KARIM ABDILLAH B OJEK
1992-1993
EN. LAI NGEE KIOK
1994-1995
DATIN KAMARIAH ABDUL JALIL
1996-1997
PN. JOHARA ZEN
1998-2005
EN. CARTER BALLANG KAPONG
2005-2007
PN. FARIDAH ABDULLAH
2007-SEKARANG
 
vokmat.weebly.com